Apa pandangan anda? Perlu atau kurang perlu atau memang tak perlu langsung? Walaupun dalam lama mengenggam ijazah dalam lapangan bahasa ni tapi tak bermakna impian pun berkubur... Sungguh banyak sebenarnya peluang untuk kita, bakal penggiat atau bakal-bakal pakar bahasa yang ada di Malaysia kini, terutamanya di kalangan para graduan dan juga guru bahasa. Teruskan... Kenapa perlu berhenti??
Anda tak rasa rugi?? Dah penat-lelah belajar bahasa-bahasa dunia walaupun berguru dengan penutur asal di tempat sendiri (di Malaysia) tetapi akhirnya kerjaya yang dilakukan tak berbaloi dengan pendidikan yang anda dapat sebelum ni. 'Gali..gali..' macam kata Kak Ogy. Kalau tak usaha manakan dapat hasilnya.
Anda boleh bertutur bahasa apa? English? Jerman? Perancis? Jepun? Sepanyol? Arab? Mandarin? Itali? Hindi? Tamil? Schwahili? banyaknya tak tersenarai di sini.. Ya, mungkin dulu susah untuk belajar bahasa-bahasa tersebut kerana sumber rujukan amat terhad, kos yuran pengajian yang tinggi. Tetapi kini, hanya di hujung jari anda. "You name it, you'll got it"...
Tahukah anda? Biasiswa diberikan kepada yang layak untuk mengikuti pengajian bahasa di negara asal tersebut? Percuma.. cuma bawa duit poket untuk perbelanjaan sendiri. Anda tak mahu cuba? Bagi yang berkemampuan mungkin bukan suatu masalah kerana semua pembiayaan boleh ditanggung sendiri.
Masih banyak fakta yang boleh disampaikan disini. Anda berminat untuk tahu?
Para muda-mudi di luar sana, anda disarankan untuk menggunakan peluang ini sama-sama memajukan diri disamping boleh menjana pendapatan kepada negara.